• Bengkel Jom Shooting! Siri I


    1. Alhamdulillah, selesai bengkel siri pertama yang diadakan untuk ahli-ahli Video Innovation Club, Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, UKM.

    2. Bengkel yang santai dan peserta-peserta yang beri respon yang baik terhadap aktiviti bermula dari jam 9 sehingga pukul 4.

    3. Soalan-soalan berkisar tentang dunia penerbitan media yang ditanya pun ada yang mencabar untuk aku jawab. Tapi alhamdulillah, berbekalkan pengalaman, ia dapat dijawab dengan baik.

    4. Terima kasih kepada Puan Masura dan Dr Tengku sebagai organizer yang sudi menjemput saya. InsyaAllah siri ke 2 akan dilaksanakan dalam bulan November akan datang.

    5. Siri pertama ini aku lebih berkongsi ilmu mengenai segalanya mengenai proses pra penerbitan dalam menghasilkan sebuah penerbitan media. Bermula daripada sejarah, gerak kerja, skrip dan krew. Namun begitu, aku tak sentuh mengenai cast untuk setiap penerbitan. Aku merasakan hal itu tak sesuai dan terlampau subjektif untuk dikawal.

    6. Harapan aku, ahli-ahli kelab dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah dikongsikan untuk menghasilkan sebuah karya media yang berkualiti.

    7. Terima kasih juga buat isteri tercinta, yang setia menemani suaminya ini sepanjang hari di sana. 

    8. Jumpa lagi semua.







  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment

Powered by Blogger.