• Kemalangan Escalator Lagi!


    1. Innalillahi wa inna ilaihi rojiuun.

    2. Di Pulau Pinang, berlaku lagi satu kes kemalangan melibatkan kecuaian menggunakan escalator.

    3. Rakaman cctv menunjukkan seorang lelaki sedang mendokong tinggi anaknya (letak di bahu) dan naik menggunakan escalator. Bila sampai ke tingkat atas, terjadi sesuatu yang membuatkan si bapa panik dan terlepas anaknya, jatuh ke tingkat bawah.

    4. Aku ternyata memang tak faham dengan sikap masyarakat yang tak pandai nak baca sign amaran yang merata-rata diletakkan.

    5. Aku juga tak berapa nak faham, dengan sikap masyarakat yang semua benda nampak macam perkara yang boleh main-main. Tak ambil serius.

    6. Ternyata kes sebegini, si bapa memang nampak bersalah. Tapi tak guna nak marah-marah. Perkara dah pun terjadi. Jadikan iktibar sahajalah.

    7. Nasihat untuk diri aku juga.
  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment

Powered by Blogger.